Misi dan Visi

MISI

VISI

MATLAMAT:
•    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
•    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
•    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
•    Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK(P) Sultan Ibrahim dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk

  1. Memastikan Sistem Pendidikan di sekolah ini berjalan dengan baik serta dapat memenuhi kehendak individu, masyarakat
    dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
  2. Memastikan staf dan guru mencukupi serta komited, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif
    serta dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  3. Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan barubermula.
  4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid-murid, ibubapa masyarakat dan negara.
  5. Memberi layanan mesra , perkhidmatan yang cekap dan  jawapan yang segerakepada setiap pelanggan yang berurusan.
  6. Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang selamat dan selesa bagi semua murid.
  7. Menentukan segala urusan surat menyurat, rayuan dan aduan kepada sekolah diberi jawapan dalammasa dua minggu dari
    tarikh diterima.
  8. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap , tepat dan tepat kepada pihakyang berkenaan.
  9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yangmembina dari semua pihak demi
    kecemerlangan perkhidmatan kami dan akademik murid-murid.

Comments are closed